Sesungguhnya
Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman
dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
[Surah An Nahl, 16:99]
Tafsir ibn Kathir: As-Sauri
mengatakan, makna yang dimaksudkan ialah syaitan tidak mempunyai kekuasaan
untuk dapat menjerumuskan hamba-hamba Allah ke dalam suatu dosa yang mereka
tidak bertaubat darinya. Ulama lainnya mengatakan bahawa makna ayat ialah
syaitan tidak mempunyai kemampuan untuk menggoda mereka. Ulama lainnya lagi
mengatakan, ayat ini semakna dengan apa yanag disebut oleh firmanNya dalam ayat
lain iaitu dalam surah Al Hijr: 40, yang terjemahannya: ‘kecuali hamba-hambaMu
yang mukhlis di antara mereka’.
Di
antara kaedah untuk mengelakkan diri dari dipengaruhi oleh bisikan syaitan yang
diperolehi dari ayat ini adalah:
1) Menjadi orang yang
beriman.
2) Menjadi orang yang
berserah bulat-bulat(bertawakal) kepada Allah.
Untuk
menjadi orang yang beriman yang sebenar-benar beriman, mungkin perlu untuk kita
melihat dalam skop/pengertian yang luas dan menyeluruh. Ia tidak hanya cukup
sekadar yakin dan percaya bahawa ‘Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad
pesuruh Allah’. Lihat rukun-rukun iman, dan mungkin ia tidak hanya cukup
sekadar melihat rukun-rukun itu dari pandangan luar/’kulit’. Ia perlu diteliti
pengertiannya lebih mendalam. Dan perlu kita berhati-hati dan memerhatikan dalam
setiap gerak kerja atau perlakuan, percakapan dan pemikiran; adakah kita
memenuhi kehendak-kehendak rukun-rukun iman tersebut.
Poin
ke dua. Inilah di antara kelebihan yang diperolehi oleh orang-orang yang
bertawakal kepada Allah; tidak hanya dia dikasihi Allah, namun apabila
seseorang itu memantapkan keimanan dan bertawakal, seseorang itu turut
terhalang dari gangguan syaitan yang membisikkan kejahatan dan keraguan dalam
hati.
Dalam
ayat yang seterusnya (surah An Nahl:100),
Sesungguhnya
pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin
mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada
Allah.
Tafsir
Ibn Kathir: Mujahid mengatakan, makna ‘yatawallaunahu’ ialah orang-orang yang
taat kepada syaitan. Sedangkan yang lainnya mengatakan bahawa orang-orang yang
menajdikan syaitan sebagai penolongnya, bukan Allah. Yakni mereka
memepersekutukan syaitan dengan Allah dalam penyembahannya. Dapat ditakwilkan
bahawa huruf ‘ba’ pada ayat ini (…bi hi musyrikin) bermakna sabahiyah, yakni
disebabkan ketaatan mereka kepada syaitan, jadilah mereka orang-orang yang
mempersekutukan Allah. Ulama lainnya mengatakan bahawa makna ayat ialah mereka
bersekutu dengan syaitan dalam harta benda dan anak-anaknya.
Semoga
Allah menetap dan mengukuhkan keimanan dalam hati kita, dan semoga Allah
melindungi kita dari gangguan bisikan syaitan yang sentiasa mencari peluang
merosakkan amal ibadah yang dilakukan saban waktu…