Ceramah/majlis:Pembongkaran
Isu Syria .
Tokoh:
Syeikh Prof Dr Muhammad Ali Al-Sobuni. Berumur 83 tahun. Ulama tafsir yang
masih hidup. Pengarang kitab tafsir Al-Sobuni.
Tarikh:
17/12/2012.
Masa:
selepas maghrib.
Tempat:
Surau Annur, Bandar Baru Bangi.
Alhamdulillah,
penyusunbicara berkesempatan hadir. Penterjemah disediakan. Ada seorang syeikh lagi yang saya tidak pasti
siapa namanya, berikut adalah gambar mereka:
Kebanyakan
isi ceramah disampaikan oleh syeikh muda tersebut. Prof Muhd Ali Al-Sobuni
memberikan sedikit kata-kata pada akhir ceramah. Ulasan ringkas tentang ceramah
ini:
Mereka
mengadakan tour di Malaysia, bergerak ke serata negeri di Malaysia maka
jadual mereka padat. Tujuan atau objektif tour mereka pada saya adalah:
a) Memberi kesedaran dan menaikkan
semangat juang atau jihad di kalangan muslim Malaysia ,
khususnya berkenaan isu di Syria .
Muslim Malaysia mungkin tidak diharapkan untuk berjihad secara fizikal
(berperang), namun jihad yang boleh dilakukan antaranya adalah jihad harta.
Selain doa.
b) ‘Test-market..’ / melihat tahap
respon, kesediaan muslim malaysia
dalam menghadapi ‘serangan’ musuh Islam. Dari sini mereka boleh menilai sejauh
mana respon muslim Malaysia
terhadap isu-isu berkaitan jihad dan umat pada waktu sekarang dan masa akan
datang; sejauh mana umat Islam Malaysia
bersatu. Seandainya pada masa akan datang, muslim Malaysia menghadapi situasi yang
memerlukan mereka bangkit berjuang-adakah mereka cukup kuat? Adakah mereka
berada dalam keadaan sentiasa bersedia? Adakah mereka boleh diharapkan dalam
memainkan peranan membantu kebangkitan Islam? Jawapan kepada persoalan seumpama
ini boleh dibuat agakannya berdasarkan lawatan dan tour mereka di Malaysia ..
berdasarkan respon yang diterima dari hadirin.
Ceramah
diselangi dengan laungan takbir oleh semua hadirin dengan agak kerap.
Ceramah
mereka disampaikan dengan bersemangat dan suara yang lantang. Demikian juga
penterjemah, menghidupkan lagi suasana.
Di
antara isi ceramah:
-Pendapat
seorang wakil dari Palestin berkenaan isu Syria . Wakil itu berpangkat Dr.
(tidak dinyatakan doktor apa). Rakyat Palestin sekurang-sekurangnya masih
mempunyai sokongan kerajaan sendiri dalam menghadapi peperangan. Namun apa yang
dihadapi oleh rakyat Syria-kerajaan sendiri yang memerangi mereka. Mereka tidak
mempunyai suatu kuasa yang benar-benar boleh dijadikan tempat bergantung harap.
-Kebangkitan
Islam di Palestin tidak akan berjaya selagi kejayaan di Syria tidak tercapai, berdasarkan
hadis yang mereka sebutkan.
-Sesuatu
yang membimbangkan, wujudnya pengaruh Syiah yang kuat di Syria .
-Seorang
ibu tunggal yang hidup susah, (mungkin tahap miskin), menyedekahkan barang
kemasnya yang bernilai sekitar RM8000, dengan diiringi harapan dan doa, agar
anak-anaknya menjadi pejuang agama. Difahamkan nilai itu besar baginya
memandangkan dia seorang yang tidak berharta dan hidup susah. Ada seorang hamba Allah di Malaysia menyedekahkan
RM 100,000.
Saya rasa, umat Islam perlu jadi kaya raya, nanti lebih banyak duit boleh diberikan kepada orang lain. Nilai pahala di sisi Allah bergantung kepada niat dan keikhlasan, dan sebesar mana nilai harta itu di sisi penderma dan sebesar mana pengorbanannya. Sedekah sebanyak RM 50 dari orang yang mempunyai RM 60 tidak sama dengan sedekah RM 1000 dari seorang yang mempunyai RM 1 juta.
Saya rasa, umat Islam perlu jadi kaya raya, nanti lebih banyak duit boleh diberikan kepada orang lain. Nilai pahala di sisi Allah bergantung kepada niat dan keikhlasan, dan sebesar mana nilai harta itu di sisi penderma dan sebesar mana pengorbanannya. Sedekah sebanyak RM 50 dari orang yang mempunyai RM 60 tidak sama dengan sedekah RM 1000 dari seorang yang mempunyai RM 1 juta.
Agak
menarik perhatian, dua orang syeikh ini juga menunjukkan sisi humor mereka, di
sebalik suasana peperangan, ketegangan, dan
kesengsaraan yang menimpa di Syria sekarang. Considerable sense of humor. Antara
babak yang berlaku:
Pada
penutup, Prof Muhammad Ali Al-Sobuni menceritakan beberapa kisah pendek yang
agak aneh tapi kelakar. Antaranya, kisah seorang yang menderma untuk kebajikan,
tetapi dia seorang peniaga arak. Kisah seorang muazzin tetapi sebenarnya
beragama kristian. Sebelah kakinya terkena najis, lalu semasa mengumundangkan
azan beliau mengangkat sebelah kakinya dengan alasan kerana kakinya itu
bernajis. Sekali imbas kisah ini seperti tiada kaitan dengan isu Syria atau isu
jihad? Tetapi mungkin mesejnya adalah situasi yang mana seseorang telahpun
menyedari suatu kesilapan yang dilakukannya tetapi gagal untuk menyedari
kesilapan lain yang lebih besar, yang dilakukan pada masa sama. Kegagalan
memandang sesuatu dari perspektif yang meyeluruh.
Semoga
Allah memberi keteguhan iman kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia .
Semoga kami tidak tergolong dalam golongan mereka yang melupakan nasib umat
Islam.
Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan buat mereka yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang..fighting fighting.. :)
Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan buat mereka yang sedang menghadapi peperiksaan sekarang..fighting fighting.. :)
No comments:
Post a Comment