Saturday, March 30, 2013

Khutbah Jumaat, 29/3/2013


Khutbah Jumaat.
Tarikh: 29/3/2013.
Tempat: Masjid UKM.

Tajuk khutbah jumaat secara ringkasnya adalah “kepimpinan negara berteraskan wahyu”. Antara isinya adalah seperti berikut..

1.      Khatib memulakan khutbah dengan menyentuh berkenaan khalifah. Khalifah adalah pemimpin yang memimpin negara dan dunia Islam berteraskan Islam sepenuhnya. Khatib memetik surah ke 24, An Nuur, ayat 55:

ytãur ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä óOä3ZÏB (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# óOßg¨ZxÿÎ=øÜtGó¡uŠs9 Îû ÇÚöF{$# $yJŸ2 y#n=÷tGó$# šúïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% £`uZÅj3uKãs9ur öNçlm; ãNåks]ƒÏŠ Ï%©!$# 4Ó|Ós?ö$# öNçlm; Nåk¨]s9Ïdt7ãŠs9ur .`ÏiB Ï÷èt/ öNÎgÏùöqyz $YZøBr& 4 ÓÍ_tRrßç6÷ètƒ Ÿw šcqä.ÎŽô³ç Î1 $\«øx© 4 `tBur txÿŸ2 y÷èt/ y7Ï9ºsŒ y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÎÎÈ   [QS24:55]
55. Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.

2.      Nabi SAW adalah role model ataupun contoh bagi umat ini. Bukan sekadar contoh dalam menjalani kehidupan yang berakhlak baik sesama manusia dan komuniti sekitar, rumahtangga, bukan hanya mendatangi masjid dan sebagainya, tetapi juga dalam soal politik dan pengurusan negara. Baginda mempunyai sifat:
a.      Siddiq (benar)
b.      Fatonah (amanah).
Kedua-dua sifat ini mesti ada pada seseorang pemimpin. Kedua-dua sifat ini menjadi panduan buat kita (rakyat) dalam memilih pemimpin. Kedua- dua sifat ini menjadi penanda aras (benchmark) dalam menilai kebagusan seseorang pemimpin. Kita sebagai pengundi wajib mengundi pemimpin yang memperjuangkan Islam.

a. Siddiq (benar).
Benar yang dimaksudkan merangkumi:
                                                              i.      benar dalam percakapannya,
                                                            ii.      benar dalam perbuatannya.
Pemimpin yang diingini adalah yang menyatakan kemahuan atau kesungguhan untuk menerapkan Islam secara keseluruhannya, dan benar-benar melaksanakannya. Walk the talk. Pemimpin yang tidak diingini adalah yang mengatakan kemahuan untuk menerapkan Islam secara keseluruhan, namun tindakannya adalah berlawanan – tidak memenuhi apa yang dikatakannya.

b. Fatonah (amanah).
Pemimpin perlu amanah dalam menguruskan harta dan ekonomi. Jangan memilih pemimpin yang tidak amanah. Perompak yang merompak harta keperluan dapur (kecil-kecilan) ditangkap namun perompak yang merompak harta negara yang sepatutnya menjadi hak rakyat miskin, dibiarkan. 

3.      Pilihlah pemimpin yang menangis kerana takut akan disoal di akhirat tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan padanya selaku pemimpin, bukan memilih pemimpin yang menangis kerana tidak mendapat jawatan dan seterusnya tidak berpeluang menambah harta kekayaan.
4.      Khatib memetik ayat 41, Surah 22, Al Hajj.

tûïÏ%©!$# bÎ) öNßg»¨Y©3¨B Îû ÇÚöF{$# (#qãB$s%r& no4qn=¢Á9$# (#âqs?#uäur no4qŸ2¨9$# (#rãtBr&ur Å$rã÷èyJø9$$Î/ (#öqygtRur Ç`tã ̍s3ZßJø9$# 3 ¬!ur èpt6É)»tã ÍqãBW{$# ÇÍÊÈ   [QS22: 41]


41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Sekian, ringkasan dari khutbah solat Jumaat.