Sepasang suami isteri sedang menikmati
dinner. Walaupun berdua, makanan yang ada agak banyak. Setelah ‘menamatkan’
hidangan berat, mereka beralih kepada hidangan ringan… . Donat. Mereka beralih
kepada donat. Donat bersaiz sederhana, dilimpahi dengan coklat cair di atasnya,
cukup membangkitkan selera. Si isteri mencapai satu daripadanya, bersiap sedia
untuk merasai kelazatan donat tersebut. Baru sahaja donat tersebut menghampiri
barisan giginya yang bersedia bila-bila masa untuk memulakan tugasan mengunyah,
si suami dengan cepat-cepat menegur:
“Jap jap Sayang… kejap.. chup chup” Katanya
dengan pantas dan sepantas itu juga dia memegang tangan isterinya agar
terhalang donat itu dari terus memasuki ‘mesin kisaran semulajadi’.
Ya, sebelum terlewat dia harus cepat
bertindak.
Si isteri terhenti tiba-tiba. Persoalan
menerjah ke dalam fikirannya; kenapa ya? Adakah ada sebarang kotoran pada donat
tersebut? Atau ada apa-apa serangga merayap di atas donat tersebut, yang
dikhuatiri akan melompat-lompat masuk ke dalam mulutnya, dan seterusnya menjadi
‘perisa tambahan’ tidak diundang..? Lipas, barangkali..?
“Aaa… !” Si isteri seakan hampir menjerit.
Riak wajahnya berubah kerana risau. Matanya melihat sekeliling donat itu, andai
ada sesuatu yang menakutkan merayap-rayap di situ. “Kenapa Abangku Sayang? Ada serangga merayap ke?
Yang macam belalang tu, yang suka melompat-lompat tue.. yang coklat gelap
hitam-hitam tu?” Soalnya dengan nada risau.
“Tak tak…bukan camtu..” Balas suaminya.
“kalau camtu, nape Abangku Sayang?”
Suaminya tersenyum lebar, “Ni.. ini kan donat kan ?”
Isterinya terdiam 1.2 saat dengan mata
membulat seolah agak kebingungan “Ye.. memang ini donat. Nape..??” Soalnya
seolah memujuk dan tidak sabar mengetahui misteri di sebaliknya.
“Hehe.. ini donat…” Balasnya. “Dan ini donat
pertama yang kita makan bersama… semenjak kita menjadi suami isteri, semenjak
kita berdua membina mahligai kasih bersama”
Isterinya tersenyum riang bercampur lega “
Abangku Sayang ni..! Ingatkan apa dah tadi.. Ye, ini donat pertama kita bersama…”
“So, donat yang pertama ni, dengan suapan
yang pertama ni, biar Abang yang suapkan pada Sayang… boleh tak Sayangku Puteri
si Pipi…?”
“Haha..mesti la boleh..nak nak… cepat lah” Si
isteri bercanda riang.
“Ok.. Sayangku pejam mata”.
Si isteri memejam matanya. “Buka mulut, nak
suap ni…” kata suaminya, sambil tangan kanan mencapai donat. Si isteri membuka
mulutnya. Namun agak kecil bukaannya. “Nganga mulut luas sikit…” Suaminya
menyambung. Lalu si isteri membuka mulutnya lebih luas lagi. Matanya terpejam rapat.
“Ok… baca bismillah dulu ye”
“Bismillah…” Lafaz si isteri dengan mata yang
masih terpejam.
“Ok.. Abang start suap ye… nganga mulut luas
lagi”. Kata si suami sambil menghalakan donat coklat itu ke dalam mulut
isterinya yang tercinta. Donat itu meluncur dengan lancar, semakin menghampiri,
semakin hampir, dan semakin hampir ke dalam mulut si isteri. Serentak sahaja
donat itu memasuki ruang ngangaan, si isteri menggigit donat coklat yang lembut
lagi empuk tersebut.
“AAUUUMM…” Serentak itu juga si isteri
terdengar ngauman. Tetapi ngauman itu agak aneh, ia bukan dari harimau atau
singa, tetapi ia seperti suara manusia…lebih tepatnya suara lelaki, dan lebih
tepat lagi adalah suara suaminya sendiri. Spontan matanya terbuka, hatinya
dicuit kegelian lalu terhambur ketawa yang tak tertahan lagi. Dilihatnya suami
sedang menahan ketawa. Kepalanya tertunduk, sambil tangan menutup mulut menahan
ketawa, tapi akhirnya pecah juga.
“Hihihihi…hahaha..”
Nakal betul suamiku ini, menjadikanku harimau
kali ni, getusnya. Patutlah tadi tidak henti-henti suruh pejam mata dan buka
mulut luas-luas. Terbayang seolah-olah dia adalah anak harimau comel kelaparan
yang sedang mengunyah donat bersalut coklat. Donut yang empuk dan sedap itu
bertambah empuk dan sedap… Suaminya memang suka mengusik… !
Rasulullah bersabda, “Semua bentuk permainan
itu batil bagi anak Adam, kecuali tiga perkara, melepaskan panah dari busurnya,
dan senda gurau (bermain-main) bersama keluarganya kerana itu adalah hak bagi
mereka” (HR at-Thabarani) [1].
“Sesungguhnya nabi
adalah seorang yang suka bergurau senda dengan isterinya. Ya Allah Jadikan kami
pengikut baginda yang sejati, suami yang terbaik untuk isteri kami… ”
* Kisah ini diinspirasikan dari kisah adik
beradik penyusun bicara sewaktu kami kecil, sewaktu kakak bergurau senda dengan
penyusunbicara.
[1]
HR at-Thabarani dalam al-Kabir dan an-Nasa’I dalam al-‘Usyrah serupa dengannya
dan dia terdapat dalam as-Silsilah as-Shihah karangan al-Bani, no. (309).
No comments:
Post a Comment