Bagaimanakah caranya untuk
membahagiakan isteri? Banyak caranya, dan jika ingin dibincangkan, memang
panjang dan banyak pula sub topik yang akan terlibat. Jika ingin disenaraikan
dengan cara yang menyeluruh dan lengkap, ia memerlukan masa untuk menyenarai,
menyusun, menghurai dan sebagainya. Bagaimanapun buat permulaan, penyusunbicara
menulis apa yang terlahir, yang paling pantas berlegar di minda.. Ia tidak
tersusun dan tidak dihurai dengan kemas, namun apa yang penting-tulis terlebih
dahulu.
Agama
Sebagai seorang suami,
tanggungjawab mengemudi rumahtangga terletak di bahunya. Bagaikan nakhoda yang
mengemudi kapal. Sesedorang pengemudi perlu membawa kapal dan segala isinya
menuju ke destinasi yang benar, dengan laluan yang betul, dengan cara yang
indah. Tahu mengawal kapal yang terumbang ambing dipukul ombak, tahu bagaimana
menghadapi ancaman cuaca yang buruk dan segala cabaran yang merintang. Itulah
tugasnya. Itulah nature nya seorang
suami. Namun, semua itu memerlukan kekuatan dalaman.. kekuatan rohani dan jiwa.
Kekuatan minda untuk merencah pengetahuan. Kesensitifan hati. Dan, secara
ringkas boleh dikatakan bahawasanya, semua itu perlu dicapai dengan agama
Islam. Iaitu seorang suami memerlukan keagamaan yang kukuh dalam dirinya.
Bahagikan ia kepada dua bentuk: 1) Ilmu agama. 2) Penjiwaan/praktikal ilmu
agama.
Carilah ilmu agama dan
praktikkan ia dalam kehidupan. Praktikkan dalam hati, praktikkan dalam
percakapan, praktikkan dalam tiap gerakan pancaindera. Sungguh sukar, dan
sampai ke detik terakhir pun kita tidak akan mampu menjadi sempurna tanpa
sebarang dosa, kerana sifat manusia sememangnya tidak terlepas dari berbuat
kesilapan. Allah berfirman dalam surah an Najm, (ayat tak ingat, mungkin 31)
”..janganlah menganggap diri kamu suci”. Jangan cepat putus asa andai tidak
sempurna. Tapi yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana kita menghampiri
kesempurnaan. Itu yang membezakan tahap kebaikan dan kebagusan seorang suami
terhadap isterinya.
Baiklah, pentingnya agama
untuk suami dalam menjaga keharmonian dan keromantisan rumahtangga itu sudah
umum diketahui. Dari subjek ini sahaja, akan mampu kita cambahkan pelbagai
perkara lain untuk diteliti satu per satu. Maka, apakah lagi yang boleh
dilakukan untuk membahagiakan isteri tercinta..hmm..sesuatu yang bersifat lebih
terperinci bentuknya? Yang jarang kita perolehi dari sumber-sumber ahli agama.
Kata-Kata
Kata-kata anda. Ya,
kata-kata kita sebagai suami: cubalah perhalusi, jaga dan tingkatkan
kualitinya. Bagaimana maksudnya itu..? Biasakanlah mengucapkan kata-kata yang
bersifat:
-indah.
-romantis.
-mengharukan dan menyentuh
jiwa.
Kata-kata yang bersifat
seperti di atas tidak hanya bergantung pada ayat atau perkataan yang digunakan
semata-mata tetapi juga dari segi suara. Kepelbagaian nada suara: suara lembut,
suara manja, suara macho, suara lucu mengusik dan sebagainya.. Asas yang mudah
untuk semua ini, yang pertama adalah biasakan dengan suara yang lembut tatkala
berbicara. Apabila suara sudah biasa dengan nada lembut, apabila lidah kita
sudah terbiasa dengannya.. akan mudah terlahir kata-kata yang bersifat indah
dan menyentuh jiwa.. Tentu isteri cair hari-hari kan . Mungkin agak sukar bagi mereka yang
sememangnya terbiasa bercakap dengan kata-kata yang kuat, tegas, garang dan
seumpamanya.. Beruntunglah mereka yang secara semulajadinya dilahirkan bersuara
dengan kata-kata yang lembut dan baik (awas, kata-kata yang lembut..bukan
lelaki lembut).
Bersyukurlah kepada Allah,
bahawasanya anda memang dilahirkan sebagai pembahagia sejati isteri. Isyqqteri
yang tercinta adalah permaisuri hati suami.
Layanilah isteri bagaikan
puteri, bagaikan permaisuri...
No comments:
Post a Comment