Struktur Blog.
Blog ini terbahagi pada dua pages iaitu 'Home' dan 'AkramArt'. Senarai pages boleh dilihat di bahagian kanan atas berdekatan bahagian 'post'. 'Home' adalah ruangan utama yang memuatkan tulisan. Manakala 'AkramArt' pula mengumpulkan apa sahaja berkaitan hasil seni kreatif penyusunbicara (ilustrasi, komik, lakaran, contengan, dan sebagainya) dan mungkin juga hasil seni dari pihak lain sebagai 'selingan'. Tulisan
dalam blog ini dibahagikan kepada beberapa kategori atau label:
a) Back
to Basic. -asas-asas Islam.
b) Ibadah::Al
Quran::Hadis.
c)
Bicara Kalbu.
d) Baitul
Muslim. –bagaimanakah caranya
membahagiakan isteri?
e) Madah
pujangga::Puitis. -berpujangga dan
berpuitis, khas untuk isteri anda.
f)
Umat. -tentang hal ehwal umat.
g) Ceritera.
(dan lain-lain, jika perlu)
a)
Back to Basic.
Berkaitan
perkara-perkara, konsep dan kerangka asas dalam Islam. Ini memudahkan mereka
yang baru ingin memahami Islam, seperti kanak-kanak dan juga golongan bukan
Islam. Tidak terkecuali diharapkan berguna juga pada golongan selain disebutkan
di atas. Tatkala manusia disibukkan dengan perkara-perkara yang tinggi di
puncak, mungkin sahaja seseorang itu akan terlupa tentang konsep asas yang
patut dipegang kukuh sebagai akar. Label ini diharap membantu untuk perkara
ini.
b) Ibadah::Al
Quran::Hadis.
Perbincangan
yang memfokuskan kepada amal ibadah, amal soleh, dan petikan ayat-ayat Al Quran dan
hadis-hadis terpilih.
c) Bicara Kalbu.
Sekadar
bicara yang berlegar di minda penyusunbicara, mungkin sahaja dalam gaya santai dan menyentuh
topik yang santai sahaja. Tiada tetapan yang benar-benar khusus, sekadar luahan yang dirakamkan dalam bentuk tulisan.
d) Baitul Muslim.
Berkaitan
keluarga muslim dan hubungan di antara suami dan isteri. Khas untuk mereka yang
ingin jadi suami mithali, subjek yang menjadi fokus adalah berkisar kepada
persoalan ‘bagaimanakah caranya membahagiakan isteri? ’. =p. Mengandungi tips,
cadangan dan idea yang diharapkan berguna untuk menjadi suami yang terbaik dan
membuatkan isteri bahagia di dunia dan akhirat. Turut di alu-alukan kepada
golongan bukan muslim - silakan ambil manfaatnya jika ada.
e) Madah pujangga::Puitis.
Bermadah pujangga, berpuitis,
bersastera, ber’jiwang’, dan seumpama dengannya. ;)
f) Umat.
Maklumat-makulmat perkembangan dan hal ehwal yang
berlaku dalam kehidupan umat Islam di seluruh dunia. Mari peduli umat.
g)
Ceritera.
Kisah-kisah fiksyen atau novel. Melazim dan melatih
menulis cerita.
Objektif penulisan dibuat.
Pelbagai
karya tulisan, buku, peringatan dan ilmu yang diperolehi dari pelbagai sumber yang
baik adalah sewajarnya disebarkan untuk manfaat khalayak. Sesungguhnya, umat
ini dimuliakan dengan tugas seumpama ini (menyeru kepada Allah, kebaikan dan
mencegah kemungkaran) sebagaimana firman Allah
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
dari orang yang menyeru kepada Allah Yang Maha Pengampun dan beramal soleh,
sambil berkata: Sesungguhnya aku dari orang Islam” [Fussilat 41:33].
Pelbagai
perkara yang berlegar di minda, alangkah elok sekiranya ia dirakamkan dalam
bentuk tulisan dan disimpan dalam ‘galeri’ yang tidak mudah hilang dan mudah
diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja yakni blog. Dengan ini, ia
memudahkan rujukan semula, membiasakan diri dalam bidang penulisan, membantu
menyusun ilmu yang diketahui, agar penyusunbicara dan sesiapa sahaja turut akan
mendapat manfaat, mudah-mudahan insya Allah…
Juga,
membiasakan diri dalam penulisan cerita atau novel..
Semoga
meningkatkan minat dan kesedaran muslim dalam mengkaji kandungan Al Quran dan hadis
dalam peranannya mengemudi kehidupan ke jalan yang lurus…
Semoga
ini diterima sebagai amal di sisi Allah SWT…
Format tulisan.
Tulisan
seboleh mungkin diringkas dan dipadatkan. Format tulisan adalah seboleh-bolehnya
lebih banyak menggunakan bahasa Melayu tinggi dan gaya bahasa standard sepertimana yang biasa digunakan dalam buku, majalah dan
tulisan ilmiah. Gaya bahasa santai cuba
dikurangkan tetapi mungkin akan terselit jugak la =).
Layout
Template.
Penyusunbicara
suka dengan ilustrasi dan warna layout
template ini, kecuali bunga-bunga yang dirasakan agak tidak kena dengan
citarasa lelaki..=p. Tetapi tidak mengapalah, buat waktu ini, inilah layout yang digunakan. Ilustrasinya
cantik, warna biru bergabung dengan hitam, black
always mixed well witth blue..semoga warna ini bersatu nanti dengan
sempurna, ameen insya Allah.
Dibenarkan menyebar sebarang kandungan dalam blog
ini bagi manfaat bersama tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu atau
menyatakan sumbernya(alamat url blog). Tetapi menyertakan sumbernya adalah
lebih baik bagi tujuan memudahkan pembetulan jika terdapat sebarang kesilapan.
Sekian…
(^_^)
comel sungguh blog..
ReplyDeleteteruskan berkarya.
aik..camne adik blh tau ni..he2. mekasih, teruskn brkarya jgk..
ReplyDelete