7/12/2012.
Jumaat.
Masa
adalah kurniaan Allah. Umpama rezeki, masa juga sepatutnya kita syukuri.. Dan
dihargai. Pernahkah kita sedang duduk atau baring tanpa melakukan sesuatu yang
bermanfaat atau produktif..walau sesaat dua? (samada kerana terleka ataupun
kerana tidak dapat berbuat sesuatu disebabkan halangan tertentu..atau apa jua
sebabnya)
Mungkin
pernah, bukan. (mmm..‘mungkin’? =p)
Katakan,
kita namakan tempoh masa seumpama itu sebagai ‘masa terbuang’ atau ‘masa
terbazir’.
Jika
kita menyedari kita sedang berada dalam situasi ‘masa terbuang’ atau ‘masa
terbazir’ yang disebutkan tadi, paling tidak, sekurang-kurangnya cubalah
gunakan lidah untuk melafazkan istighfar/tasbih/tahmid/takbir/selawat atau apa
jua bentuk zikrullah.. walau tempoh ‘masa terbazir’ itu hanya sesaat atau
sepuluh saat. Atau, jika pun lidah tidak mahu bergerak..biarkanlah hati itu
berzikrullah.
Bagaimanakah
sekiranya ketika dibangkitkan di akhirat kelak (dan kita tergolong dalam
golongan kurang bernasib baik lalu dihisab dengan hisab yang teliti/detail –
kita telah disoal pada setiap saat dan hembusan nafas yang dihela).. dan kita
dipersoalkan tentang tempoh ‘masa terbazir’ itu..: lalu, apakah jawapan kita?
Sungguh
malang mereka
yang menerima nasib ‘dihisab dengan teliti’..
Sekurang-kurangnya,
jika tempoh ‘masa terbazir’ itu telah terisi dengan zikrullah.., berkuranglah
sedikit beban kesusahan yang akan tertanggu ketika penghisaban kelak..
Sesungguhnya
di antara ciri-ciri penghuni neraka itu adalah tidak takut pada hari penghisaban..
“(27) Sesungguhnya mereka tidak takut kepada hisab” [An
Naba’(78:27)].
Yang
mana, beberapa ayat sebelum itu iaitu ayat 21-26 menceritakan perihal penghuni
neraka.
Takutlah
pada hari akhirat kerana hari itu adalah hari yang dahsyat..dan, bagaimanakah untuk
kita dapat sedikit gambaran tentang hari itu, bagi memahami bahawa ia adalah sesuatu
yang dahsyat..? Lihatlah pada firman Allah ini:
“(17) Dan apakah (jalannya) engkau
mengetahui (dapat mengetahui kedahsyatan) hari pembalasan itu?
(18) Kemudian (sekali lagi) apakah (jalannya)
engkau mengetahui (dapat mengetahui kedahsyatan) hari pembalasan itu?
(19) (Hari itu ialah) hari seseorang
tidak terdaya sedikitpun untuk menolong orang lain, dan segala urusan pada hari
itu dalam kekuasaan Allah. “
[Al Infithar (82:17-19)].
Dan,
berkenaan tempoh ‘masa terbazir’ yang dinukilkan di atas, dibenarkan lagi
dengan firman Allah:
“(1) Demi masa.
(2) Sesungguhnya manusia benar-benar
berada dalam kerugian.
(3) Kecuali orang yang beriman dan
mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran &
saling menasihati supaya menetapkan kesabaran”
[Al asr(103:1-3)].
“Subhanallah,
Maha Suci Allah.. Selamatkanlah kami di dunia dan akhirat..dari kedahsyatan
hari pembalasan”.
No comments:
Post a Comment