Khutbah Jumaat.
Tarikh: 29/3/2013.
Tempat: Masjid UKM.
Tajuk khutbah jumaat secara ringkasnya adalah “kepimpinan
negara berteraskan wahyu”. Antara isinya adalah seperti berikut..
1. Khatib memulakan khutbah dengan menyentuh
berkenaan khalifah. Khalifah adalah pemimpin yang memimpin negara dan dunia
Islam berteraskan Islam sepenuhnya. Khatib memetik surah ke 24, An Nuur, ayat
55:
ytãur ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä óOä3ZÏB (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# óOßg¨ZxÿÎ=øÜtGó¡us9 Îû ÇÚöF{$# $yJ2 y#n=÷tGó$# úïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% £`uZÅj3uKãs9ur öNçlm; ãNåks]Ï Ï%©!$# 4Ó|Ós?ö$# öNçlm; Nåk¨]s9Ïdt7ãs9ur .`ÏiB Ï÷èt/ öNÎgÏùöqyz $YZøBr& 4
ÓÍ_tRrßç6÷èt w cqä.Îô³ç Î1 $\«øx© 4
`tBur txÿ2 y÷èt/ y7Ï9ºs y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÎÎÈ [QS24:55]
55. Allah menjanjikan
orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat
Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang
Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang
sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan
mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka;
dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami
ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak
mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur
ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka.
2. Nabi SAW adalah role model ataupun contoh bagi umat ini.
Bukan sekadar contoh dalam menjalani kehidupan yang berakhlak baik sesama
manusia dan komuniti sekitar, rumahtangga, bukan hanya mendatangi masjid dan
sebagainya, tetapi juga dalam soal politik dan pengurusan negara. Baginda
mempunyai sifat:
a. Siddiq (benar)
b. Fatonah (amanah).
Kedua-dua sifat ini mesti ada pada
seseorang pemimpin. Kedua-dua sifat ini menjadi panduan buat kita (rakyat)
dalam memilih pemimpin. Kedua- dua sifat ini menjadi penanda aras (benchmark)
dalam menilai kebagusan seseorang pemimpin. Kita sebagai pengundi wajib
mengundi pemimpin yang memperjuangkan Islam.
a. Siddiq (benar).
Benar yang dimaksudkan merangkumi:
i.
benar
dalam percakapannya,
ii.
benar
dalam perbuatannya.
Pemimpin yang diingini adalah yang
menyatakan kemahuan atau kesungguhan untuk menerapkan Islam secara
keseluruhannya, dan benar-benar melaksanakannya. Walk the talk. Pemimpin yang tidak diingini adalah yang mengatakan
kemahuan untuk menerapkan Islam secara keseluruhan, namun tindakannya adalah
berlawanan – tidak memenuhi apa yang dikatakannya.
b. Fatonah (amanah).
Pemimpin perlu amanah dalam
menguruskan harta dan ekonomi. Jangan memilih pemimpin yang tidak amanah.
Perompak yang merompak harta keperluan dapur (kecil-kecilan) ditangkap namun
perompak yang merompak harta negara yang sepatutnya menjadi hak rakyat miskin,
dibiarkan.
3. Pilihlah pemimpin yang menangis
kerana takut akan disoal di akhirat tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan
padanya selaku pemimpin, bukan memilih pemimpin yang menangis kerana tidak
mendapat jawatan dan seterusnya tidak berpeluang menambah harta kekayaan.
4. Khatib memetik ayat 41, Surah 22,
Al Hajj.
tûïÏ%©!$# bÎ) öNßg»¨Y©3¨B Îû ÇÚöF{$# (#qãB$s%r& no4qn=¢Á9$# (#âqs?#uäur no4q2¨9$# (#rãtBr&ur Å$rã÷èyJø9$$Î/ (#öqygtRur Ç`tã Ìs3ZßJø9$# 3
¬!ur èpt6É)»tã ÍqãBW{$# ÇÍÊÈ [QS22: 41]
41. Iaitu mereka
(umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat
kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Sekian, ringkasan dari khutbah solat Jumaat.